top of page

Terapi Cara Kerja (Occupational Therapy, OT) Untuk Kanak-Kanak dengan Sindrom Down

Terapi Cara Kerja membantu individu-individu yang mempunyai penyakit, kecederaan atau kondisi yang menghalang mereka untuk melakukan aktiviti harian. Tekan sini untuk ketahui lebih banyak mengenai OT.


Terapi Cara Kerja boleh membantu kanak-kanak dengan sindrom Down untuk memperoleh kemahiran motor halus, kognitif dan kemahiran kehidupan yang dapat menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti.


Secara tidak langsung, melalui terapi, kualiti hidup kanak-kanak ini akan meningkat.

Ahli terapi cara kerja (OT) bekerja dengan kanak-kanak sindrom Down untuk menguasai kemahiran berdikari seperti makan dan memakai pakaian, kemahiran motor halus, prestasi pembelajaran di sekolah serta aktiviti sosial seperti bermain.