Autisme, Sensori Integrasi dan Terapi Cara Kerja (Occupational Therapy, OT)
Autisme merupakan gangguan perkembangan saraf yang rumit di mana otak individu yang didiagnos dengan autisme tidak berfungsi seperti individu yang lain.
Kanak-kanak dengan autisme biasanya mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta mempunyai minat dalam aktiviti dan kemahiran bermain yang terhad.
Anda boleh tekan pautan ini untuk maklumat lebih lanjut mengenai ASD.

Terapi Cara Kerja (Occupational Therapy, OT) boleh membantu kanak-kanak dalam kemahiran kognitif, fizikal, sosial, dan motor.
Matlamat utama OT adalah untuk meningkatkan kemahiran hidup yang membolehkan kanak-kanak menjadi lebih berdikari dan dapat mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti.