top of page

Fakta dan Perkara Asas yang Anda Perlu Tahu Mengenai 'Autism Spectrum Disorder'

Kemaskini: 21 Jan

Untuk memahami sesuatu perkara, kita perlu terlebih dahulu memahami definisi atau istilah yang berkaitan dengan perkara tersebut. Tanpa betul-betul memahami, kita akan mudah untuk pukul rata dan salah faham. Kita juga akan lebih mudah percaya kepada mitos dan stigma yang disebarkan oleh orang sekeliling dan media. Oleh sebab itu, kita digalakkan untuk bertanya kepada Ahli atau Pakar dalam bidang berkenaan. Bukan hanya dengan membuat carian di Google atau media sosial sahaja kerana carian tersebut biasanya tidak ditapis dan kita sendiri tidak tahu kesahihan maklumat berkenaan.


Dalam banyak-banyak pengertian autisme, saya merasakan definisi yang diberikan oleh Dr Tony Attwood yang paling menggambarkan kondisi autisme. Attwood (2016) mendefinisikan autisme sebagai sesuatu yang tidak boleh dicapai melalui pilihan sendiri, ia juga bukan kesan atau tindak balas daripada gaya keibubapaan yang tertentu. Bayi yang dilahirkan dan kemudiannya didiagnos mengalami autisme mempunyai otak yang diwayar secara berbeza dan bukan rosak.


"Autism is not achieved by personal choice, and does not come about as a response to a particular parenting style. The new-born infant who is subsequently diagnosed as having autism has a brain that is wired differently, not defectively".