
Misi
ROr menyediakan akses yang cepat dan mudah kepada perkhidmatan terapi pediatrik yang bertauliah dan pelbagai sumber rujukan berkaitan perkembangan kanak-kanak.
Visi
ROr mengiktiraf individu bukan berdasarkan kekurangan/ kecacatan tetapi keupayaan. Dunia di mana setiap individu boleh hidup berdikari, menjadi sebahagian daripada masyarakat, memikul tanggungjawab, menyemai budaya penerimaan, pengayaan dan pemerkasaan; dan menghormati keunikan di antara kita.
matlamat
-
Untuk mewujudkan kesedaran kepada masyarakat melalui pelbagai platform bagi menggalakkan intervensi awal.
-
Untuk memberikan sokongan melalui kerjasama dengan ibu bapa, keluarga dan guru.
-
Untuk membina komuniti merangkumi ahli terapi, pendidik dan keluarga dengan mengumpulkan ahli profesional yang berkelayakan di satu tempat.
-
Untuk menyediakan sumber yang tersedia dan mudah diakses berkaitan perkembangan kanak-kanak.
Hubungi kami hari ini untuk mengetahui lebih lanjut :)