Kemahiran Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian (ADL): Kepentingannya kepada Kanak-Kanak
Setiap hari, dari kita bangun pagi sehingga tidur pada waktu malam, kita akan melakukan aktiviti kehidupan harian atau dikenali sebagai activities of daily living (ADL).
ADL merupakan aktiviti asas atau rutin yang dilakukan oleh seseorang individu pada setiap hari untuk menjaga diri dan berdikari
Tiada senarai aktiviti kehidupan harian yang tetap untuk seorang individu kerana aktiviti kehidupan harian seseorang bergantung kepada umur, minat dan budaya tempat mereka membesar.
