
Tapak Kaki Rata (Flat Feet) - Apakah Implikasinya dan Apa Yang Boleh Ibu Bapa Lakukan?

Kebiasaanya bayi dan kanak-kanak mempunyai tapak kaki yang rata dan ini adalah normal untuk mereka kerana lengkuk di bawah kaki mereka belum terbentuk lagi.
Lengkungan di kaki akan terbentuk dalam 10 tahun pertama kehidupan dan banyak kajian menyatakan bahawa postur kaki yang matang tidak diperoleh sehingga umur 7 hingga 10 tahun (Uden et al., 2017).
Isi kandungan
Apakah Itu Tapak Kaki Rata (Flat Feet)?
Fungsi Lengkuk Kaki
Perkembangan Tapak Kaki Pada Kanak-Kanak
Punca-punca Tapak Kaki Rata
Gejala-gejala Tapak Kaki Rata
Diagnosis Untuk Tapak Kaki Rata
Rawatan Untuk Tapak Kaki Rata
1. Apakah Itu Tapak Kaki Rata (Flat Feet)?
Terdapat tiga lengkuk di satu tapak kaki. Dua lengkungan di bahagian sisi kaki (A-C dan B-C) dan satu lagi lengkungan melintang dari ibu jari kaki ke jari kecil kaki (A-B). Anda boleh rujuk gambar di bawah ini:

Tapak kaki rata (dikenali sebagai flat feet dalam bahasa Inggeris) bermaksud tapak kaki mempunyai lengkuk yang kurang di bahagian sisi dalam kaki (A-C) atau tiada lengkuk (rata) apabila berdiri atau berjalan.
Lengkuk pada tapak kaki rata akan terbentuk sendiri apabila otot pada tapak kaki cukup