top of page

Klef Bibir dan Klef Lelangit: Apakah Peranan Terapis Pertuturan-Bahasa (SLT)?

Klef (sumbing) ialah keadaan kongenital melibatkan pembentukan bibir atas dan lelangit keras dan lembut mulut yang berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan. Ia adalah salah satu anomali (kelainan) kelahiran yang paling biasa di dunia.


Telah dilaporkan bahawa di Malaysia kejadian sumbing bibir, sumbing lelangit dan gabungan kedua-duanya adalah 1 daripada 941 kelahiran (NOHSS, 1998, as cited in Hussin, 2017). Dianggarkan pada tahun 1990, kadar berlakunya sumbing di Hospital Bersalin Kuala Lumpur adalah 1.24 daripada setiap 1000 kelahiran (Boo & Arshad, 1990). Kajian pada tahun 2005 melaporkan bahawa 11.9% kecacatan utama kelahiran di Kinta, Perak ialah sumbing bibir dan lelangit (Thong et al 2005, as cited in Hussin, 2017). Secara amnya, anggaran sumbing bibir dan sumbing lelangit terjadi 1 dalam 1000 kelahiran. Anggaran sumbing lelangit sahaja ialah 1 dalam 2000 kelahiran.


Bagaimana sumbing boleh terjadi?

Sumbing terjadi akibat kegagalan rekahan (fisur) pada garis tengah lelangit dan kedua-dua sisi bercantum semasa perkembangan janin pada usia 3 bulan dalam kandungan.


Sebab-sebabnya ialah:

  • Tidak diketahui.

  • Keturunan (anggaran 30% untuk mempunyai masalah yang sama apabila terdapat ahli keluarga yang mempunyai sumbing).

  • Keadaan sifat baka (dengan kecacatan kelahiran yang lain).

  • Agen keracunan (ubat, jangkitan virus, racun yang dihasilkan oleh organisma hidup semasa mengandung).