top of page
Writer's pictureKhadijah Khalid

Perbezaan Diagnosis Masalah Pertuturan Pediatrik: Apraksia/Disartria/Gangguan Artikulasi/Fonologi

Pernahkah anda mengalami situasi seperti berikut?

Anak anda yang berusia 2 tahun boleh menyebut beberapa bunyi dan tidak mempunyai perkataan-perkataan yang bermakna walaupun dia memahami semua yang anda katakan. Anak anda yang berusia 5 tahun bercakap dengan cara yang sangat perlahan dan berhenti dan sepertinya tidak ada corak kesalahannya: kadang-kadang dia mengatakan perkataan itu dengan betul dan pada waktu yang lain tidak. Anak anda yang berusia 6 tahun mempunyai keregangan otot yang sangat rendah (very low muscle tone), bunyi /s/ yang susah untuk difahami dan menggantikan bunyi vokal dengan bunyi yang lain; mulutnya sering terbuka dan kadang-kadang air liur masih terkeluar. Anak anda berusia 4 tahun menyebut "boyeh" untuk 'boleh' dan "tawan" untuk 'cawan'. Serta, anak anda yang berusia 5 tahun menyebut "wabbit" untuk 'rabbit' .


Setelah membuat penilaian dengan Terapis Pertuturan-Bahasa, kanak-kanak pertama (1) mungkin didiagnosis dengan suspected Childhood Apraxia of Speech (sCAS), kanak-kanak kedua (2) dengan Childhood Apraxia of Speech (CAS), dan kanak-kanak ketiga (3) dengan disartria pediatrik. Kanak-kanak berusia empat (4) tahun itu mungkin didiagnosis dengan gangguan fonologi dan kanak-kanak terakhir (5) berkemungkinan mengalami gangguan artikulasi.



Kelima-lima kanak-kanak ini mengalami masalah pertuturan yang sangat berbeza. Gangguan bunyi pertuturan yang mereka alami mempengaruhi kemampuan mereka untuk berkomunikasi dengan jelas. Setiap masalah pertuturan yang dialami memerlukan rawatan yang khusus. Oleh itu, penting untuk kita mengetahui perbezaannya!



CHILDHOOD APRAXIA OF SPEECH (CAS)

CAS adalah gangguan motor-pertuturan, i.e. kekurangan dalam perancangan motor dan pengaturan pergerakan pertuturan. Secara mudah, kanak-kanak tersebut tahu apa yang ingin dia katakan, tetapi tidak dapat merancang pergerakan motor atau menggerakkan alat artikulasinya dengan kelajuan yang tepat pada waktu yang tepat dengan daya yang betul.


Menurut American Speech and Hearing Association (2007), “Childhood apraxia of speech (CAS) is a neurological childhood speech sound disorder in which the precision and consistency of movements underlying speech are impaired in the absence of neuromuscular deficits (e.g. abnormal reflexes, abnormal tone). CAS may occur as a result of known neurological impairment, in association with complex neurobehavioral disorders of known and unknown origin, or as an idiopathic neurogenic speech sound disorder. The core impairment in planning and/or programming spatiotemporal parameters of movement sequences results in errors in speech sound production and prosody” (ASHA, 2007).


Secara ringkas, CAS merupakan gangguan neurologi bunyi pertuturan kanak-kanak di mana kanak-kanak yang mempunyai CAS akan sukar menghasilkan bunyi pertuturan atau perkataan yang tepat dan konsisten, tanpa mempunyai masalah neuromaskular atau otot yang lemah. Oleh sebab itu, kita dapat melihat yang kanak-kanak dengan CAS kadang-kadang boleh menyebut satu perkataan dan pada waktu yang lainnya tidak.


Tiga ciri yang telah dikenal pasti untuk membezakan CAS dengan masalah pertuturan pediatrik yang lain ialah CAS mempunyai kekurangan atau defisit dalam perancangan dan pengaturan pergerakan pertuturan.


Ciri-ciri ini merangkumi:

  1. Kesalahan yang tidak konsisten pada konsonan dan vokal dalam penghasilan suku kata atau perkataan yang berulang. Penghasilan bunyi pertuturan yang tidak konsisten adalah ciri utama CAS (Iuzzini-Seigel, Hogan, & Green, 2017; Grigos, Moss, & Lu, 2015).

  2. Peralihan koartikulasi yang dipanjangkan dan terganggu antara bunyi dan suku kata. Pengasingan suku kata, didefinisikan sebagai "jurang yang ketara antara suku kata," masalah tersebut diperhatikan dengan jumlah yang jauh lebih besar pada kanak-kanak dengan CAS daripada pada kanak-kanak dengan gangguan pertuturan yang tidak mempunyai CAS (Murray, McCabe, & Ballard, 2015).

  3. Intonasi atau nada yang tidak betul, terutamanya tekanan pada leksikal atau frasa. Shriberg, et al., (2017) mendapati bahawa kesalahan tekanan leksikal adalah akibat daripada kekurangan pada peringkat perancangan dan / atau pengaturan motor pertuturan.

Untuk mendiagnosis CAS agak sukar terutamanya apabila kanak-kanak bercakap sedikit. Diagnosis yang betul diperlukan bagi pendekatan rawatan yang sesuai. Bukti kajian menyokong intervensi berdasarkan 'Prinsip Pembelajaran Motor' sebagai rawatan pilihan untuk membantu mempraktikkan pergerakan yang diperlukan untuk memperoleh, menyesuaikan, dan menggeneralisasikan pergerakan motor pertuturan (Maas et al., 2014). Terapi akan menumpukan pada mempraktikkan suku kata, perkataan dan frasa menggunakan intonasi dan nada yang berbeza-beza. Rawatan berdasarkan latihan motor lisan tanpa pertuturan (non-speech oral motor exercises) terbukti tidak berkesan dalam membantu kanak-kanak dengan CAS (McCauley et al., 2009).


DISARTRIA PEDIATRIK

Disartria pediatrik merupakan gangguan motor bunyi pertuturan yang disebabkan oleh kelemahan neuromuskular, kelumpuhan atau masalah koordinasi otot yang diperlukan untuk menghasilkan pertuturan. Pertuturan kanak-kanak itu mungkin sukar untuk difahami mengikut tahap kelemahan atau masalah neurologi. Terdapat beberapa jenis disartria pediatrik dengan pelbagai ciri. Seorang kanak-kanak boleh mempunyai keregangan otot yang terlalu tegang/ kejang (hipertonia) atau keregangan otot yang terlalu rendah (hipotonia). Pergerakan motor halus yang mengawal pernafasan, fonasi (pergerakan pita suara semasa bersuara), resonansi (pergerakan udara pada rongga hidung dan mulut) dan artikulasi (bibir, pipi, tekak, anak tekak dan larink) terjejas. Sebagai tambahan kepada kesalahan artikulasi dengan tahap keterukan yang berbeza-beza, kanak-kanak dengan disartria mungkin mengalami kesalahan intonasi/ nada kerana kesukaran mengubah nada suara, kekuatan suara dan kadar pertuturan yang perlahan. Hipernasaliti (kebocoran udara yang tidak sesuai masuk ke hidung semasa bertutur - "sengau") sering diperhatikan pada corak pertuturan kanak-kanak dengan disartria.


Bukti menyokong bahawa 'Prinsip Pembelajaran Motor' dapat meningkatkan kefahaman pertuturan, ketepatan pergerakan artikulasi, kualiti suara dan penyebutan yang jelas bagi kanak-kanak dengan disartria yang sederhana dan teruk (Pennington et al., 2016).


GANGGUAN ARTIKULASI

Gangguan artikulasi adalah gangguan bunyi pertuturan yang mempengaruhi pengeluaran bunyi tunggal (cth. /rabbit/ > [wabbit], /lap/ > [wap]).


Rawatan kesalahan bunyi atau gangguan artikulasi mengikut pendekatan terapi artikulasi tradisional. Bermula dengan latihan pendengaran untuk mendengar bunyi yang betul, teknik untuk dapat menyebut bunyi yang betul, penghasilan bunyi baru secara terperinci, kemudian suku kata, perkataan, dan frasa, dan akhirnya ke generalisasi apabila kanak-kanak dapat menggunakan bunyi pertuturan yang mereka baru perolehi di situasi di luar bilik terapi.


GANGGUAN FONOLOGI

Fonologi adalah kajian mengenai sistem bunyi bahasa dan ia memberitahu kita peraturan yang mengatur bagaimana bunyi yang sesuai dapat membentuk perkataan. Seorang kanak-kanak yang mengalami gangguan fonologi belum mengetahui bagaimana bunyi ini sesuai untuk menghasilkan perkataan. Terdapat kesilapan mengikut corak dan semakin banyak corak ralat, pertuturan kanak-kanak semakin tidak dapat difahami. Gangguan fonologi adalah gangguan bunyi berasaskan bahasa dan bukan masalah pergerakan yang melibatkan motor-pertuturan.


Pendekatan rawatan fonologi contohnya, Distinctive Features, Cycles, Minimal Contrasting Pairs mensasarkan sekumpulan bunyi pertuturan dengan corak kesalahan yang serupa (cth. bunyi pertuturan yang sepatutnya disebut menggunakan belakang lidah naik ke atas semuanya bertukar kepada hujung lidah ke depan - t / k: /kawan/ > [tawan], d/g: /gajah/ > [dajah] walaupun sebenarnya rawatan mungkin menyasarkan bunyi tunggal atau individu. Matlamat pendekatan fonologi ini adalah untuk membantu kanak-kanak mahir dengan peraturan fonologi.


Kesimpulannya, masalah pertuturan pediatrik seperti pelat, masalah sebutan atau kesukaran kanak-kanak untuk menghasilkan bunyi pertuturan dapat dibantu dan dibetulkan.

Caranya adalah dengan membawa anak anda berjumpa dengan Terapis Pertuturan-Bahasa yang bertauliah dan membuat penilaian. Setelah sesi penilaian, terapis akan membuat pelan perancangan untuk membantu anak anda.


Seperti yang telah disebutkan di awal blog ini, setiap masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak memerlukan rawatan yang khusus termasuk pendekatan terapi yang digunakan, kekerapan dan tempoh terapi.


Rujukan:

Grigos, M. I., Moss, A., & Lu, Y. (2015). Oral articulatory control in childhood apraxia of speech. Journal of Speech, Language, and Hearing Research, 58(4), 1103-1118.


Iuzzini-Seigel, J., Hogan, T. P., & Green, J. R. (2017). Speech inconsistency in children with childhood apraxia of speech, language impairment, and speech delay: Depends on the stimuli. Journal of Speech, Language, and Hearing Research, 60(5), 1194-1210.


Maas, E., Gildersleeve-Neumann, C. E., Jakielski, K. J., & Stoeckel, R. (2014). Motor-based intervention protocols in treatment of childhood apraxia of speech (CAS). Current Developmental Disorders Reports, 1(3), 197-206.


McCauley, R. J., Strand, E., Lof, G. L., Schooling, T., & Frymark, T. (2009). Evidence-based systematic review: Effects of nonspeech oral motor exercises on speech. American Journal of Speech-Language Pathology 18(4), 343-360.


Murray, E., McCabe, P., & Ballard, K. J. (2015). A randomized controlled trial for children with childhood apraxia of speech comparing rapid syllable transition treatment and the Nuffield Dyspraxia Programme–Third Edition. Journal of Speech, Language, and Hearing Research, 58(3), 669-686.


Pennington, L., Parker, N. K., Kelly, H., & Miller, N. (2016). Speech therapy for children with dysarthria acquired before three years of age. Cochrane Database of Systematic Reviews, 7(7).


Shriberg, L.D., Strand, E.A., Fourakis, M., Jakielski, K.J., Hall, S.D., Karlsson, H.B., Mabie, H.L., McSweeny, J.L., Tilkens, C.M., & Wilson, D.L. (2017). A diagnostic marker to discriminate childhood apraxia of speech from speech delay: I. Development and description of the pause marker. Journal of Speech, Language, and Hearing Research, 60(4), S1096-S1117.



Comments


Back to top

bottom of page