Berenang Merupakan Aktiviti Fizikal Yang Terbaik dalam Membantu Perkembangan Kanak-Kanak
Berenang merupakan aktiviti fizikal yang mendatangkan manfaat yang paling banyak untuk semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Kondisi seperti palsi serebrum, sindrom Down, autisme, masalah keregangan otot dan kelewatan dalam perkembangan akan mendapat banyak faedah daripada berenang.

Bila kanak-kanak boleh mula berenang? Dalam umur 2 bulan, anda boleh membawa bayi anda ke kolam renang. Kelas berenang biasanya bermula dalam umur 6 bulan.
Sifat air boleh membantu dalam pergerakan aktif, memberi sokongan postur, dan menambahbaik peredaran darah. Bukan itu sahaja, berenang juga menguatkan otot dan membantu dalam perkembangan kemahiran motor.