top of page

Kanak-Kanak Berkeperluan Khas: Isu Emosi dan Kesihatan Mental Keluarga

Mungkin anda tertanya-tanya apakah sebenarnya yang ingin dibincangkan dalam blog kali ini? Sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut, marilah kita sama-sama melihat dahulu apakah definisi 'kanak-kanak berkeperluan khas'.


Definisi kanak-kanak berkeperluan khas

Secara ringkas, kanak-kanak berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza daripada kanak-kanak lain.


Gargiulo (2003) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas sebagai individu yang mempunyai kelainan dari aspek norma standard sosial dan komuniti. Kelainan ini disebabkan perbezaan yang ketara dari segi fizikal, kognitif, sensori (deria) atau ciri-ciri tingkah laku. Kebanyakan kanak-kanak ini memerlukan program pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan unik mereka. Selain itu, Gargiulo juga mengkategorikan individu-individu tersebut kepada sembilan (9) kategori seperti berikut:


  1. Terencat akal (mentally disabled)

  2. Kurang upaya dalam pembelajaran

  3. Kecelaruan emosi dan tingkah laku

  4. Pintar, cerdas dan berbakat (gifted)

  5. Masalah bahasa dan pertuturan

  6. Masalah penglihatan

  7. Masalah pendengaran

  8. Kecelaruan spektrum autisme

  9. Kurang upaya fizikal dan masalah kesihatan