Masalah Pembelajaran di Kalangan Kanak-Kanak
Kanak-kanak yang mempunyai kelewatan bahasa dan pertuturan mempunyai risiko yang tinggi untuk mempunyai masalah pembelajaran.
Masalah pembelajaran merujuk kepada fenomena di mana seseorang individu atau kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk mempelajari sesuatu. Secara khususnya, kanak-kanak tersebut tidak dapat mencapai tahap dalam pelajaran sepertimana kanak-kanak lain seusianya setelah melalui beberapa penilaian secara objektif seperti penilaian perkembangan, penilaian IQ dan DSM-V.

Apa yang menyebabkan masalah pembelajaran?
Masalah pembelajaran berlaku disebabkan oleh sesuatu yang mempengaruhi perkembangan otak. Ia mungkin berlaku sebelum kelahiran, semasa kelahiran atau pada tahap awal perkembangan kanak-kanak.
Masalah pembelajaran boleh disebabkan oleh salah satu daripada pelbagai faktor atau gabungan beberapa faktor. Kadangkala sebab utamanya tidak diketahui. Kemungkinan penyebabnya termasuk:
Keadaan yang diwarisi, i.e. genetik tertentu yang diturunkan dari ibu bapa yang dapat mempengaruhi perkembangan otak, cth. Fragile X.