Tulang Belakang Bengkok (Skoliosis) Dan Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Membantu Kondisi Ini
Skoliosis merupakan kondisi di mana tulang belakang membengkok ke kiri atau kanan dan juga merangkumi putaran. Ini bermaksud tulang belakang bukan sahaja membengkok ke bahagian tepi tetapi boleh berputar pada paksi vertikal (menegak).
Skolisis menyebabkan perubahan pada postur badan yang tidak dapat diperbaiki dengan hanya berdiri tegak. Apabila tulang belakang pesakit skoliosis dilihat melalui imbasan x-ray, tulang belakang mereka kelihatan seperti bentuk "s" atau "c". Keterukan skoliosis ditentukan dengan mengukur sudut kelengkungan tulang belakang.

Isi Kandungan
Apakah Yang Menyebabkan Skoliosis?
Gejala/Tanda
Diagnosis
Rawatan