Tantrum- Adakah Ini Bermaksud Asuhan Ibu Bapa Tidak Efektif?
Pernahkah anda nampak kanak-kanak menangis dan bergolek di pusat membeli-belah? Ada ibu bapa yang menjerit dan marah kepada anak, ada ibu bapa pula yang terus memberi apa yang dikehendaki oleh anak supaya mereka tidak berasa malu atau merimaskan orang sekeliling.

Adakah anda tahu kenapa anak tantrum? Adakah sebab asuhan ibu bapa yang menyebabkan anak kerap tantrum? Jom teruskan membaca blog ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tantrum.
Dalam blog ini, kami akan mengupas perkara berikut:
Apakah Itu Tantrum?
Mengapakah Tantrum Berlaku?
Bagaimana Untuk Mengurangkan Anak Tantrum?
Apakah Yang Anda Boleh Buat Sekiranya Tantrum Berlaku