top of page

Masalah atau Cerewet Makan? Kenali Faktor Penyumbang dan Bagaimana untuk Membantu Anak Anda

Bayangkan yang anda memasukkan seketul daging ke dalam mulut anda. Anda boleh menerangkan input deria yang anda mungkin rasa - tekstur daging yang kenyal dan keras, rasa masin, manis, masam atau pedas daripada sos atau kuah yang menyeliputi daging tersebut. Selain itu, anda juga boleh menerangkan kemahiran oromotor yang anda perlukan untuk menguyah daging tersebut. Bagaimanakah anda tahu bila anda perlu telan daging tersebut? Apa yang akan berlaku sekiranya anda tercekik, batuk atau muntah kerana anda tidak boleh menguyah daging tersebut? Bayangkan reaksi anda pada masa akan datang apabila daging disajikan lagi. Anda mungkin akan menolak dan tidak mahu lagi memakan daging kerana anda merasa tidak selamat.



Itulah reaksi yang sering kita lihat apabila kanak-kanak menolak untuk makan atau memilih untuk makan benda yang sama atau mempunyai diet yang terhad. Ada ibu bapa yang merasa tertekan dengan keadaan sedemikian dan ada pula yang merasakan perkara tersebut normal dan asalkan ada makanan yang anak saya makan. Bila dan bagaimana saya perlu tahu yang anak saya ini bermasalah makan?


Isi Kandungan

  • Apakah itu masalah makan?