top of page

Kesan Aktiviti Fizikal Terhadap Pencapaian Akademik

Aktiviti fizikal boleh memberi kesan positif terhadap kemahiran kognitif, tingkah laku dan tumpuan di mana semuanya merupakan komponen penting dalam peningkatan prestasi akademik.


Aktiviti fizikal boleh memberi faedah serta-merta dan juga untuk jangka masa panjang terhadap prestasi akademik. Contohnya, sejurus selepas melakukan aktiviti fizikal, kanak-kanak dapat menumpukan perhatian dalam pembelajaran dan tugas di kelas.


Dalam jangka masa panjang, sekiranya kanak-kanak aktif melakukan aktiviti fizikal, kecergasan fizikal akan meningkat dan ini memberi kesan positif tambahan terhadap prestasi akademik seperti dalam matematik, membaca, dan menulis.



Kebaikan Aktiviti Fizikal Secara Am:

  • Membina tulang yang sihat dan kuat

  • Meningkatkan kekuatan dan daya tahan

  • Mengurangkan tekanan dan kegelisahan

  • Membantu mengawal berat badan / mengurangkan risiko obesiti