Kepentingan Penglibatan Ibu Bapa/ Penjaga dan Ahli Keluarga dalam Terapi
Mempelajari bahawa kanak-kanak boleh mendapat manfaat daripada terapi fizikal, cara kerja dan pertuturan-bahasa boleh membimbangkan dan menakutkan sesetengah ibu bapa. Ibu bapa mungkin bingung tentang penilaian kesihatan, rancangan rawatan, matlamat dan tujuan yang telah ditetapkan dalam sesi terapi. Mereka juga mungkin tertanya-tanya apakah peranan dan penglibatan mereka dalam terapi, dan jika benar mereka mempunyai tempat dalam terapi, mereka mungkin risau kerana mereka belum terlatih secara profesional.
Walau bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak mendapat manfaat daripada penglibatan ibu bapa dan ahli keluarga sepenuhnya apabila mereka komited terhadap strategi dan teknik terapi. Adalah penting bagi ibu bapa dan keluarga memahami tujuan dan matlamat terapi dan bagaimana mereka dapat menyokong kemajuan kanak-kanak tersebut.

Apa itu Terapi Kanak-kanak?
Terapi kanak-kanak membantu kanak-kanak mengurus dan mengatasi masalah perkembangan sama ada fizikal, tingkah laku, bahasa, pertuturan atau kognitif. Walaupun ramai ibu bapa menganggap terapi sebagai perbincangan dengan kaunselor atau ahli terapi (yang kemungkinannya memang berlaku), ia juga boleh merangkumi terapi fizikal (kemahiran motor kasar), terapi cara kerja (kemahiran motor halus, masalah deria, dan banyak lagi) serta terapi pertuturan-bahasa (kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi).