Gajet : Alat Yang Membantu Atau Memberi Lebih Banyak Kesan Negatif Kepada Anak?
Seringkali kita tengok budak sekarang kecil-kecil lagi sudah pandai main telefon pintar.
Ibu bapa memberi gajet kepada anak apabila mereka sibuk membeli-belah atau pada masa tengah makan supaya anak duduk makan dan tidak mengganggu.

Apabila berbincang mengenai gajet, istilah waktu skrin (screen time) kerap digunakan. Waktu skrin bermaksud jumlah masa yang digunakan semasa menggunakan alat dengan skrin seperti telefon pintar, komputer, televisyen, atau konsol permainan video.
Tahukah anda berdasarkan garis panduan World Health Organization (WHO), waktu skrin adalah tidak digalakkan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah.
Manakala untuk kanak-kanak yang berumur 2 hingga 4 tahun, waktu skrin yang tidak aktif tidak boleh melebihi 1 jam (lagi kurang lagi baik). Waktu skrin yang tidak aktif bermaksud kanak-kanak tidak aktif secara fizikal dan mengekalkan posisi yang sama (duduk atau baring) semasa menggunakan gajet.