Autisme dan Terapi Pertuturan-Bahasa
Autisme adalah sebahagian daripada gangguan neurologi yang memberi kesan dan menjejaskan komunikasi, interaksi sosial dan kemahiran kognitif. Ia juga dikenali sebagai gangguan spektrum autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD), dan dikaitkan dengan pelbagai ciri termasuk:
Aktiviti yang dilakukan secara berulang-ulang (cth. memusing tayar kereta mainan tanpa henti)

Penolakan luar biasa terhadap perubahan rutin harian

Tindak balas yang luar biasa terhadap sesuatu perkara seperti sentuhan (cth. tidak suka dipeluk)