Anak Susah untuk Mendengar Kata dan Sering Mengamuk? Kenapa Perkara Tersebut Berlaku?
Beberapa tahun bekerja dengan ramai ibu bapa di Malaysia sama ada penduduk tempatan atau warga asing membuat saya sedar bahawa ramai daripada mereka mempunyai masalah yang sama dan bertanya kepada saya soalan yang sama berulang kali, 'bagaimana untuk mendisiplinkan anak saya?' atau ‘bagaimana nak buat anak saya mendengar kata?’

Oleh itu, saya terpanggil untuk menulis dan membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut. Perkara paling penting yang ibu bapa perlu faham adalah perkembangan bahasa dan pertuturan yang lewat dengan tingkah laku negatif sangat berkait antara satu sama lain.
Hubungan kedua-dua perkara ini telah dijelaskan dengan baik oleh Sundberg dan Partington (2013) dalam buku mereka 'Teaching Language to Children with Autism or Other Developmental Disabilities'.