• Khadijah Khalid

Kepentingan Penglibatan Ibu Bapa/ Penjaga dan Ahli Keluarga dalam Terapi

Updated: May 5, 2020

Mempelajari bahawa kanak-kanak boleh mendapat manfaat daripada terapi fizikal, cara kerja dan pertuturan-bahasa boleh membimbangkan dan menakutkan sesetengah ibu bapa. Ibu bapa mungkin bingung tentang penilaian kesihatan, rancangan rawatan, matlamat dan tujuan yang telah ditetapkan dalam sesi terapi. Mereka juga mungkin tertanya-tanya apakah peranan dan penglibatan mereka dalam terapi, dan jika benar mereka mempunyai tempat dalam terapi, mereka mungkin risau kerana mereka belum terlatih secara profesional.


Walau bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak mendapat manfaat daripada penglibatan ibu bapa dan ahli keluarga sepenuhnya apabila mereka komited terhadap strategi dan teknik terapi. Adalah penting bagi ibu bapa dan keluarga memahami tujuan dan matlamat terapi dan bagaimana mereka dapat menyokong kemajuan kanak-kanak tersebut.



Apa itu Terapi Kanak-kanak?

Terapi kanak-kanak membantu kanak-kanak mengurus dan mengatasi masalah perkembangan sama ada fizikal, tingkah laku, bahasa, pertuturan atau kognitif. Walaupun ramai ibu bapa menganggap terapi sebagai perbincangan dengan kaunselor atau ahli terapi (yang kemungkinannya memang berlaku), ia juga boleh merangkumi terapi fizikal (kemahiran motor kasar), terapi cara kerja (kemahiran motor halus, masalah deria, dan banyak lagi) serta terapi pertuturan-bahasa (kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi).


Proses terapi kanak-kanak

Sekumpulan pakar atau ahli terapi yang dipercayai akan bekerjasama dengan ibu bapa untuk menilai keperluan dan kebolehan kanak-kanak dan membuat strategi terapi yang sesuai dengan tujuan yang telah ditetapkan. Rajah di bawah merupakan ringkasan sistem aliran perkhidmatan terapi yang menjelaskan bagaimana proses terapi biasanya berlaku untuk memudahkan kefahaman ibu bapa.



Tempoh terapi biasanya bergantung mengikut tahap kemahiran kanak-kanak atau tahap keterukan masalah yang mereka hadapi. Oleh sebab itu, kerjasama daripada ahli keluarga sangat penting untuk mempercepatkan proses perkembangan kanak-kanak yang sekaligus boleh membantu memendekkan proses rawatan atau terapi.


Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan penting dalam berkongsi pemerhatian dan kebimbangan anda. Anda juga dapat membantu menentukan matlamat dan apa yang ingin anda lakukan supaya dapat membantu anak anda.

Matlamat rawatan/ terapi

Matlamat rawatan terapi fizikal dan cara kerja adalah untuk memberi sokongan perkembangan kanak-kanak dan membantu kanak-kanak berfungsi dengan lebih baik. Ini mungkin melibatkan penguatan otot, meningkatkan koordinasi mata-tangan, mengatasi masalah deria yang berbeza, membantu dalam kemahiran aktiviti seharian seperti memakai baju dan makan, serta meningkatkan daya tahan dan tumpuan. Matlamat rawatan bergantung kepada kanak-kanak, keperluan dan kemampuan mereka.


Manakala terapi pertuturan-bahasa mempunyai fokus untuk membantu kanak-kanak berkomunikasi secara efektif dengan orang sekeliling. Ini termasuk mengajar ibu bapa bagaimana untuk berinteraksi dan bermain dengan anak, meningkatkan peluang komunikasi di rumah serta strategi rangsangan bahasa dan pertuturan. Oleh hal yang demikian, latihan perlu diteruskan untuk memastikan kemahiran ya