• Khadijah Khalid

How to Manage Expectations as Parents of Children with Developmental Delay

Updated: Aug 29

'Expectations' is defined as a strong belief that something will happen or be the case. Managing expectations means communicating so that all involved have a clear understanding of what to expect and when to expect it. It also requires keeping communications open.


Why it is so important?

Everyone has dreams and interest. Not everything that we love and want to pursue will be the same as others. Sometimes the things that we want are beyond of our capabilities. That is life anyway and provision of God - He created something in this world with strengths and weaknesses so that we can know each other, help and respect.



What will happen when expectations collide with reality?

In short, those involved will feel unhappy and the things they do will not work. Reality is something we cannot take lightly. It is something we have to go through every day. That is why it is crucial that we need to be realistic when we place hope or expectation. We are not only making ourselves to feel good but also people around us.


Children with developmental delay

Children with developmental delay are children of diverse backgrounds, medical history, social status and needs. The skills they have in terms of physical, motor, cognitive, social, speech and language development are late compared to their peers. They need proper training and constant effort for them to achieve a skill comparable to their peers and become independent.


How to manage the expectations when you have children with developmental delay?


1. Be realistic and think about 'their world', not just our own.


The majority of human beings fail to look at things from the other person’s perspective and this leads to personalising and internalising when partners, friends or children fail us. Instead, if we actually look at what is going on in their lives and explore the pressures they are facing, we can de-escalate our difficult feelings and find ourselves in a more supportive context.


When we think about 'their world', we are not only being fair to the children but we also help us to maintain a positive and healthy relationship with them.

2. Constantly seeking for help

You are not alone in this world! You can now get any information easily. What matters most is that you have to be brave to face reality, i.e. you know what you do not know and ask help from others when you need it. Things are much easier now. There are many support groups out there. You just need to take courage to approach the groups and ignore what others might think or say about you. Stick with your intention to help your child but remember do not blindly believe what someone is advising until you are absolutely sure about the background of their expertise and check the reference sources because many people out there like to take advantage of someone's difficulties.


3. Be open

When you have children with developmental delay, you have to teach yourself to be flexible. Be open to any possibility. You will never know unless you try. Believe that every effort will have the results. Sometimes it just requires more time.


Do not be afraid to fail because failure is the best teacher to help you to improve.

#selfexploration #parents #expectations #children #developmentaldelay



Cara untuk Mengurus Harapan/ Jangkaan sebagai Ibu Bapa yang Mempunyai Anak dengan Kelewatan Perkembangan


'Harapan' ditakrifkan sebagai kepercayaan yang kuat bahawa sesuatu akan berlaku atau berlaku. Menguruskan harapan bermaksud berkomunikasi supaya semua yang terlibat mempunyai pemahaman yang jelas tentang apa yang diharapkan dan bila untuk mengharapkan sesuatu. Ia juga memerlukan komunikasi yang terbuka.


Mengapa mengurus harapan itu penting?

Setiap orang mempunyai impian dan minat. Tidak semua yang kita suka dan ingin capai akan sama seperti orang lain. Kadang-kadang, perkara yang kita mahukan adalah di luar kemampuan kita. Itulah kehidupan dan ketentuan Tuhan - Dia menciptakan sesuatu di dunia ini dengan kekuatan dan kelemahan supaya kita dapat saling mengenali, menolong dan menghormati di antara satu sama lain.


Apa yang akan berlaku apabila harapan bercanggah dengan kenyataan?


Pendek kata, mereka yang terlibat akan merasa tidak gembira dan perkara yang mereka lakukan tidak akan berjaya. Realiti atau kenyataan adalah sesuatu yang kita tidak boleh memandang ringan. Ia adalah sesuatu yang mesti kita lalui setiap hari. Oleh sebab itu, sangat penting untuk kita bersikap realistik ketika kita meletakkan harapan atau jangkaan. Kita bukan sahaja membuat diri kita merasa senang tetapi juga orang di sekeliling kita.


Kanak-kanak dengan kelewatan perkembangan

Kanak-kanak dengan kelewatan perkembangan adalah kanak-kanak yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, sejarah perubatan, status sosial dan keperluan. Kemahiran yang mereka ada dari segi perkembangan fizikal, motor, kognitif, sosial, bahasa dan pertuturan adalah lewat jika dibandingkan dengan rakan seusianya. Mereka memerlukan latihan yang betul dan usaha yang berterusan untuk mereka mencapai sesuatu kemahiran setanding dengan rakan sebaya dan menjadi berdikari.


Bagaimana menguruskan harapan/ jangkaan apabila anda mempunyai anak dengan kelewatan perkembangan?


1. Bersikap realistik dan memikirkan 'dunia mereka', bukan hanya dunia kita sendiri.

Sebilangan besar manusia gagal melihat sesuatu dari perspektif orang lain dan ini membawa kepada ego dalaman ketika pasangan, rakan-rakan atau anak-anak gagal memberi apa yang kita mahukan. Sebaliknya, jika kita benar-benar melihat apa yang sedang terjadi dalam hidup mereka dan memahami tekanan yang mereka hadapi, kita akan cuba membuang perasaan sukar dalam diri dan menemukan diri kita dalam konteks yang lebih menyokong.


Apabila kita berfikir tentang 'dunia mereka', kita tidak hanya bersikap adil terhadap anak-anak tetapi kita juga membantu diri kita untuk menjaga hubungan positif dan sihat dengan mereka.

2. Sentiasa mencari pertolongan

Anda tidak keseorangan di dunia ini! Anda kini boleh mendapatkan apa-apa maklumat dengan mudah. Apa yang paling penting ialah anda harus berani menghadapi kenyataan, iaitu anda tahu apa yang anda tidak tahu dan meminta pertolongan dari orang lain ketika anda memerlukannya. Perkara lebih mudah sekarang. Terdapat banyak kumpulan sokongan di luar sana. Anda hanya perlu berani untuk mendekati kumpulan sokongan tersebut dan mengabaikan apa yang orang lain fikir dan bercakap mengenai anda. Tetap dengan niat anda untuk menolong anak anda tetapi ingat jangan mempercayai apa yang dinasihatkan oleh seseorang secara membabi buta sehingga anda betul-betul pasti tentang latar belakang kepakaran mereka dan memeriksa sumber rujukan kerana ramai orang di luar sana suka mengambil kesempatan atas kesulitan seseorang.


3. Bersikap terbuka

Apabila anda mempunyai anak dengan kelewatan perkembangan, anda harus mengajar diri untuk bersikap fleksibel. Bersikap terbuka terhadap sebarang kemungkinan. Anda tidak akan tahu melainkan anda mencuba. Percayalah bahawa setiap usaha akan ada hasilnya. Kadang-kadang ia hanya memerlukan lebih banyak masa.


Jangan takut untuk gagal kerana kegagalan adalah guru terbaik untuk menolong kita memperbaiki diri.

#eksplorasidiri #ibubapa #harapan #jangkaan #kanakkanak #kelewatanperkembangan




About the Author


Khadijah is a bilingual speech-language pathologist and a multidisciplinary team player. Her areas of interest are language, motor speech, social skills and feeding disorders. She believes that every child is unique and has potential to learn and grow. She loves to work hand-in-hand with parents and families as she knows how big impact that their involvement in children's life. Her dream is to be a giver and serve the society.



Mengenai Penulis


Khadijah adalah seorang Terapis Pertuturan-Bahasa yang mahir berkomunikasi dalam dwibahasa dan bekerja dalam pasukan profesional yang terdiri daripada pelbagai disiplin. Bidang minatnya adalah masalah bahasa, motor-pertuturan, kemahiran sosial dan masalah makan. Khadijah percaya bahawa setiap anak adalah unik dan berpotensi untuk belajar dan berkembang. Beliau suka bekerjasama dengan ibu bapa dan keluarga kerana beliau tahu betapa besar kesan dan penglibatan mereka dalam kehidupan kanak-kanak. Impiannya adalah untuk memberi dan berbakti kepada masyarakat.

Back to top

GET IN TOUCH

We'd love to hear from you

©2020 by Realisation Outreach

  • White Facebook Icon