Khadijah Khalid ialah Terapis Peruturan-Bahasa yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) Patologi Pertuturan dari Universiti Sains Malaysia dan memiliki Master of General and Applied Linguistics (Advanced) dari The Australian National University. Beliau juga memiliki pentauliahan lanjutan (Advanced Certified Autism Specialist) dalam intervensi individu yang mempunyai diagnosis autisme.
Khadijah mempunyai banyak pengalaman bekerja dalam pelbagai persekitaran seperti pusat pemulihan komuniti, sekolah, hospital dan pusat terapi swasta. Beliau telah bekerja dengan individu dari semua peringkat umur yang mempunyai pelbagai kesukaran contohnya kanak-kanak autisme, kanak-kanak yang lewat bercakap dan ada masalah makan, orang dewasa yang mengalami strok atau kecederaan otak traumatik serta masalah perkembangan yang lain.
Khadijah bersemangat dalam membimbing dan menggunakan pendekatan holistik bagi membantu individu-individu di bawah jagaannya mencapai potensi mereka melalui kebolehan mereka. Beliau juga percaya bahawa penglibatan antara ahli profesional dan keluarga akan membantu kanak-kanak dan individu berkeperluan khas untuk mencapai potensi baru mereka.